Friday, 24 June 2011

Bila Jiwa Remaja Mula Memberontak



Assalammualaikum....

Hari ni rasanya macam-macam perkara saya jumpa dan alami.Di office, di rumah.Dalam kepala ni hanya ingat lepas abis kerja mahu bersenang-senang saja dalaam bilik,macam selalu.Lepas Maghrib sempat juga terlelap.... :)


Dah terjaga,tiba-tiba teringat Kak Ngah di kampung.Sambil melayan maggi + keropok lekor depan mata,saya telefon Kak Ngah saya.Semalam dia ada pesan suruh saya carikan resipi keropok lekor.Dah tengah makan nih,ingat pada dia.Resipinya sudah saya text pagi tadi.Telefon sekadar bertanya khabar.Macam dah lama jew x abiskan kredit bergayut dengan dia... ^^

Tak sangka,Kak Ngah ada cerita terbaru nak di khabarkan.Macam tak percaya saja bila dia cerita tentang keletah anak jiran saya yang baru sahaja menjejak tingkatan 1.


Ada ke patut anak jiran saya tu dengan beraninya meluahkan perasaan cinta pada cikgu lelaki yang buat praktikal di sekolah dia.Dah tu,mau tak terkejut beruk cikgu tu pulak bila dengar pengakuan pelajar tu.Habis satu sekolah heboh.Kesian sungguh pada cikgu tu.

Dah cinta kena tolak dengan "jejaka idaman" , tak pasal2 anak jiran saya tu boleh mengamuk menjerit-jerit di tingkat satu bangunan sekolah sambil ugut nak bunuh diri....Ish,ish.Tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran pelajar tu masa kejadian tu.Ada juga saya bertanya pada Kak Ngah : "apasal budak tu nk bunuh diri kat tingakat 1,kenapa tak naik terus ke tingkat 4,kan lagi tinggi??Baru berbaloi kalau mati....adoyaaiii...!!

Didik anak sedari kecil. Bak kata pepatah : 
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya "
Gamaknya dia dah terlupa mak-ayah,keluarga semua.Baru tingkatan 1,sudah berani buat perkara-perkara yang macam tu.Seingat saya dulu, saya pernah juga suka pada cikgu,tapi tak ada lah sampai tahap bunuh diri bagai...Cukuplah kalau jadikan cikgu sebagai contoh dan penguat semangat untuk lebih maju dalam pelajaran.


Saya bercerita ni bukan lah nak bawa mulut atau apa.Tak terniat langsung.Just terasa nak share pada anda semua.Saya tak sangka sungguh kecil-kecil begini dah tahu mahu bunuh diri,kalau di masa hadapan nanti,apa pula yang bakal di lakukannya...???



Pada ibu-bapa,pantaulah selalu anak-anak.Mereka sedang dalam proses membesar.Jiwa sedang berkobar-kobar ingin mencuba sesuatu yang baru.Bantu anak-anak agar dapat membesar dalam suasana dan keadaan yang sesuai.Mereka masih terlalu mentah untuk menentukan hala tuju kehidupan sendiri.
 Anak di ibaratkan sebagai kain putih..Sebagai ibu-bapa,kita yang bertanggungjawab mencorakkannya
Sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak remaja seperti ini.Mereka dalam proses menentukan personaliti diri.Jangan sesekali berfikir boleh harapkan anak-anak menjaga diri sendiri tanpa pengawasan.Dan jangan juga meletakkan 100 % kepercayaan pada mereka.
Bak kata pepatah, " Beringat sebelum terkena " , " Jangan dah terhantuk baru nak terngadah "


Pandang pada diri sendiri,dan renung-renungkan lah.....


P / S : Risau bila dengar pasal kes macam ni.Sebab saya pun ada anak buah yang sebaya begini.Mudah-mudahan dia tidak mudah terpengaruh dengan ajakan merepek kawan-kawannya.Baru terfikir ada betulnya pepatah " Menjaga sekandang lembu itu lebih mudah dari menjaga seorang anak "
 -Besarnya tanggungjawab sebagai ibu-bapa -

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik