Tuesday, 14 June 2011

Bisik Hati Kecil Ini

Di sepertiga malam,
Mata ini masih enggan terlelap,
Merenung nasib jauh ke depan.

Hembusan angin menampar pipi,
Seakan ingin mengejutkan diri
Agar tidak terus hidup di dunia fantasi

Namun hati mula berkata,
Apa salahnya andai itu bisa
buat kita jadi bahagia?
Barangkali ada benarnya kata sang hati,
Namun hidup tidak perlu terus mendengar
Bisik sang hati sahaja.
Kerana " Ikut hati mati,ikut kata binasa diri"

Diri mula belajar memujuk jiwa yang semakin gelora,
Di pecah amukan rasa yang menebal di lubuknya.
"Wahai diri,kuatlah kamu,
Tekadkan azam di hati,
Tanamkan iltizam yang semakin meninggi
Untuk terus bisa menapak
Terus maju ke hadapan.

Jangan pernah kau gentar
dengan namanya kesusahan,
Jangan sesekali menyerah
Pada dugaan yang tidak jemu tiba.
Dan jangan pernah ada rasa putus asa
Kerana kita tidak perlu untuk
Memutuskan tali kasih sayang dari-Nya.

Ingat...  !  DIA ada di mana sahaja.
Kerana kita milik-Nya,
Kerana kita ciptaan oleh-Nya
Biar selama mana kita lupakan-Nya,
DIA tidak pernah meninggalkan kita.
Pulanglah kita ke pangkuan-Nya
Kerana  DIA sentiasa menanti setia.




 P / S  : Sekadar coretan kecil di hati.Membebel seorang diri,tangan gatal nak menconteng.Luahan kosong untuk tatapan mata sendiri......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik