Sunday, 19 June 2011

Bila Hati Belajar Untuk Berkata-Kata

Hidup ini tidak dapat di duga
Sebagai Hamba,kuasa kita hanya merancang
Yang menentukan sesuatu itu tetap pada Maha Pencipta.
Jangan terlalu taksub dengan segala keupayaan
Dan anugerah yang di kurniakan
Kerana tidak selamanya ia milik kita.

Hidup ini satu putaran
Jadi bersedialah untuk jatuh ke bawah semula
Kerana hayat kita di penuhi dengan pelbagai elemen
Yang cukup melengkapkan sifat seorang manusia
Suka-duka,pahit-manis,tangis-tawa,berjaya-gagal
adalah warna warna yang melengkapkan lagi rona kehidupan.
Tanpa itu semua,pasti hidup tak bererti,kosong tiada makna

Barangkali,di permulaan senyuman indah menghiasi hari-hari mendatang
Tapi jangan di lupa,di sebaliknya pasti di selitkan juga dengan tangisan
Makanya dalam meniti hidup harus sentiasa beringat
Agar di saat kesedihan menyelubungi diri
Kita masih belum lupa bagaimana mahu mengukir semula sekuntum senyuman
Yang pernah menghiasi hari-hari indah dahulu
Semoga diri ini sentiasa tabah dalam mengatur langkah
Menghadapi hari-hari yang bakal mendatang
Dengan bekalan kekuatan IMAN dan TAQWA
Serta kasih sayang-Nya yang sentiasa menemani
Agar kita terus cekal mengharungi dugaan
Yang akan menguji sejauh mana kuatnya
Cinta kita pada-Nya
Kerana di akhirnya
DIA akan membalas cinta kita itu
Dengan kemanisan yang tidak terhingga di sana.......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik