Sunday, 26 June 2011

Wahai Wanita..... Jadilah "Tiang" Yang Baik

Sabda Rasulullah S . A. W


"  Wanita adalah Tiang Negara . Jika baik wanita sesuatu negara itu , Maka baik lah Negaranya . Dan jika rosak mereka , Maka akan hancur lah Negara nya  "
Mengapa Rasulullah meng ibarat kan perempuan itu seperti TIANG sifatnya ?
Ini kerana kukuhnya sesebuah bangunan itu bergantung kepada tiang yang di gunakan.Tiang lah yang menjadi kekuatan pada bangunan tersebut . Bayangkan jika  bangunan tidak mempunyai tiang atau tiang yang di gunakan goyah,apa agaknya nasib bangunan tersebut.... ?

" Sebuah rumah di lihat indah  dari luar namun jika tidak memiliki tiang yang kukuh , ia akan roboh "
Begitu lah halnya dengan perempuan.Bukan sekadar menganggap perempuan hanya sebagai pintu pembuka , bukan juga atap tempat berteduh , ianya juga bukan tempat alas untuk berpijak , bahkan bukan dinding penutup aib dari pandangan orang.
Tetapi perempuan sifatnya adalah lebih lagi dari itu.........

Klik untuk seterusnya

"  LELAKI    VS   WANITA   " 
Memang tak di nafikan yang lelaki itu lebih pintar dan lebih kuat tenaganya  berbanding wanita.Namun apabila menyentuh bab perasaan dan kesabaran,Kamun Hawa yang lebih kuat untuk menghadapinya. Sekali lagi wanita berperanan menjadi tiang  kukuh dalam menyelesaikan permasalahan.

Fakta  :
"  Kajian membuktikan bahawa otak wanita yang kanan ( untuk kemampuan berketerampilan ) dan otak kiri ( tempat berfikir ) adalah seimbang .
Sementara lelaki pula memiliki kecenderungan otak kirinya lebih baik dari otak kanannya "

Wanita adalah insan yang kuat untuk berhadapan dengan sesuatu masalah . Malah kaum hawa mampu untuk melakukan banyak perkara atau aktiviti dalam satu-satu masa . Contohnya :

"  Seorang suri rumah yang sedang memasak masih mampu mengemas rumah di samping membasuh baju serta melayan kerenah anak -anak "
Itulah kelebihan yang di berikan Allah buat  Kaum Hawa . Cuba bayangkan apa akan terjadi jika kaum adam yang menggantikan tempat si hawa..... ? Adakah sesempurna seperti yang di lakukan oleh wanita ?

"  TALAK   ?  "
Tapi kenapa pula hukum tidak menetapkan kuasa Talak itu ke atas tangan  wanita  ?
Seperti yang di nyatakan di atas, perempuan amat cenderung pada hal berkaitan perasaan.
Justeru , rasanya memang tepat sekali para suami yang harus memegang talak tersebut.Kerana jika isteri yang mempunyai kuasa ke atasnya,bimbang keputusan yang di buat hanya berlandaskan emosi semata - mata berbanding si suami yang lebih mudah berfikiran logik .

"  Adil kan segala yang di atur oleh Allah itu ? "
 Dalam kekurangan yang di miliki oleh Si Hawa , Allah akan lengkapkan dengan kelebihan yang ada pada Si Adam ....... Hebat kan apa yang sudah di fitrahkan buat kita ?

Namun, sudah namanya HAMBA .Pasti tidak akan sempurna secara keseluruhannya . Tapi harus sentiasa berusaha untuk menjadi isteri  yang solehah,ibu yang penyayang.
Juga mampu menjadi tempat buat suami serta anak - anak untuk tumpang bersandar , tempat meluahkan keluh kesah , tempat bermanja .

Jadi para wanita sekalian , marilah kita menjadi TIANG  yang kukuh.Kerana jika kita lemah , maka akan runtuh lah segala - galanya ........ Jom sama sama kita renungi apa rintihan hati wanita " Perindu Cinta Allah "

" Mampu kah kita ,wanita akhir zaman mencontohi Rabiatul Adawiyah ----->  Wanita Sufi Perindu Cinta Allah  ? "

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik