Friday, 24 June 2011

Bila Ada Yang Mempersoalkan Kewujudan Tuhan

Sebenarnya situasi ini terjadi semalam semasa saya dan seorang rakan lelaki ( bukan Islam ) sedang bersantai-santai di office sambil membaca  surat khabar.Saya pun tak pasti macam mana topik ini berbangkit dengan tiba-tiba.Tapi inilah soalan-soalan yang dia tanyakan pada saya :

  • U percaya wujudnya Tuhan ?
  • Pernah nampak Tuhan tak ?
  • U anggap Tuhan itu adil atau tidak ?
Mula-mula dengar pertanyaan kawan nih,terkejut juga.Tak sangka yang dia akan bertanya soalan sensitif begini.Kawan saya ni mengaku kalau dia pernah nampak Tuhan.Soal tu,saya tak bertanya lanjut.Hanya senyuman dapat saya dahulukan berbanding jawapan.

Sebabnya soalan ni perlukan jawapan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar-benar dapat merungkai persoalannya sebentar tadi.Tak mahu dia terus keliru dengan jawapan saya nanti.

Pada yang sudah sememangnya Islam,jangan di ragui lagi tentang ini semua.Kerana ini termasuk dalam rukun Iman  yang WAJIB kita percaya.


Petang itu,berbualan berkaitan hal di atas terhenti bila mana kawan saya perlu menghadiri kelas.Sepeninggalannya,saya sempat bertanya pada kawan-kawan alam maya saya.Terima kasih pada Bobbie Brown Sr.  sebab beri artikel yang sangat berguna buat rujukan serta Hasrul Nizam yang turut sama menceritakan kisah yang serupa.Untuk rujukan cerita tersebut,sila klik  artikel ini .

Saya dah suruh kawan saya tu baca di wall FB saya.Saya nak tengok apa reaksinya bila dia baca artikel tersebut.Lama menunggu and at last saya dapat jawapan dari dia......

Saya harap dia dapat mengerti mengenai perbandingan yang terkandung dalam artikel tersebut.Kawan saya ni walau bukan beragama Islam,tetapi dia pernah belajar Bahasa Arab dan sering melakukan pembacaan berkaitan Islam.Katanya sekadar pembacaan dan untuk menambahkan pengetahuan melalui semua sudut.

Pada saya,kalau suatu hari nanti hatinya terbuka untuk Islam,Alhamdulillah.Bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Hanya doa lah perkara terbaik dapat kita lakukan.

 P / S  : Keliru sebentar.Orang bukan Islam boleh tertarik pada agama yang indah ini tetapi kenapa orang yang sudah sedia Islam itu tidak pernah menghargai nya?Tanpa rasa takut melakukan segala larangan dan meninggalkan segala kewajipan serta tanggungjwab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

"Renunglah sejenak ke dalam diri apa yang sudah kita perbuat pada diri sebagai persiapan bertemunya kelak.Selagi nyawa masih di beri pinjam,tidak ada istilah terlewat untuk terus mengabdikan diri pada-Nya.Sama-samalah kita bermuhasabah diri serta saling ingat memperingati."
Wassalam.
Mahu laptop baru? Jom gantikan dengan Laptop DELL yang terbaru lagi canggih....!! Ianya PERCUMA....!!

2 comments:

  1. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    ReplyDelete
  2. Hi Andrik... thanx alot coz u are willing to come in my blog.Support me,ok :) n wait for me...

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik