Sunday, 19 June 2011

Selamat Menyambut Hari Bapa.....

"Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.""Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai."



Tanggal 19 June, saban tahun diraikan sebagai sambutan Hari Bapa.Seronok ya,ada sahaja hari-hari tertentu atau khas untuk kita sambut.Macam-macam hari....So,that day,turn kaum bapa pulak ambil tempat...

Pertamanya,saya ingin ucapkan SELAMAT HARI BAPA pada semua lelaki yang sudah mempunyai anak tidak kira sama ada di panggil bapa,ayah,abah,walid,abi,daddy,papa dan sebagainya lah.....Moga insan yang bergelar bapa ini berbahagia di samping keluarga tercinta dan teruskan untuk menjadi ketua keluarga yang berjaya memimpin keluarga menjadi keluarga yang sakinah,amin... :)

Agak2nya apa suprise yang menanti anda? Ke anda dah tahu memang tak akan wujudnya suprise untuk korang... ??? hehehehehe.....


P / S : Kebahagiaan berkeluarga bukan terletak pada sambutan hari ini semua.Tidak bermakna,kita tidak menyambutnya bererti keluarga kita lupakan kewujudan kita.Tetapi kebahagiaan berkeluarga dalam rumah tangga itu terletak pada cara ketua keluarga bekerjasama mengeratkan lagi hubungan dan cara kepimpinannya.Moga kaum bapa di luar sana dapat memimpin keluarga anda menjadi keluarga yang di rahmati oleh-Nya......amin.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik