Wednesday, 29 June 2011

Tip - Tip Mengelak kan Over Budget

Jom  klik  kat sini dulu sebelum nak ber belanja sakan , ya .... !!

Salam ketenangan buat semua yang sudi meluangkan sedikit  masa emas korang untuk baca entry ni .

Entry ni sebenarnya adalah kesinambungan  pada masalah saya yang susah sikit nak kawal nafsu ber belanja . Walau pun saya ni jenis yang cukup payah nak beli sesuatu barang , tapi kalau dah datang mood nak membeli ,benda yang tak penting pun saya rembat je . Janji bila saya tengok sesuatu barang tu , saya suka , hati dah berkenan , harga ok .Then saya akan beli .



So , ada siapa2 boleh bantu macam mana ya nak kawal nafsu dalam berbelanja  ? 
 Melalui beberapa pembacaan saya yang tak berapa nak fokus , saya sempat jugak kutip beberapa input tentang cara nak berbelanja secara ber hemah . Kira macam ke arah kempen menjadi pengguna yang bijak lah ....... Jom kita check satu persatu tip - tip yang sempat saya tengok . Harap - harap tak lah susah untuk di amal kan ,betul tak ?  :)



Rancang ‘perjalanan’ membeli-belah anda sebaik mungkin supaya tidak membazir wang dan masa.

Kenal pasti atau sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya anda tidak rambang mata apabila melihat deretan barangan di premis dimasuki.

Sekiranya membeli barangan makanan, pastikan anda menyemak tarikh luput produk berkenaan.

Sebelum keluar daripada premis, semak resit belian bertujuan memastikan anda membayar barangan yang betul.

Jika membeli pakaian, cuba terlebih dulu sebelum anda membuat keputusan membelinya. Pastikan ia muat pada badan anda dan tiada sebarang kerosakan pada pakaian yang dibeli.

Kenakan sepatu yang bersesuaian ketika membeli-belah kerana anda mungkin mengambil masa lama untuk mencari keperluan.

Sekiranya anda mengetahui harga barangan yang ingin dibeli, ia adalah bonus kerana anda boleh mengadakan belanjawan berhemah sebelum menghabiskan wang tanpa merencanakan terlebih dulu apa yang ingin dibeli.

Sebaik-baiknya bawa rakan ketika membeli-belah kerana anda boleh mendapatkan pandangan beliau sebelum membeli barang.

Hurrmmmm ....... macam mana ? Boleh di terima ke tak nihhh ..... ?

Saya rasa macam susah sikit . Nak tahu tip mana yang saya rasa macam tak kena dengan saya ? Meh saya kasi tahu .......

Tip yang pertama macam susah sikit . Ye lah , biar pun dah hafal selok belok lorong kat shopping mall tu ,tapi kalau mata dah terpanah pada harga promosi yang bergantung merata - rata , mana kita tak tertarik , kan ? Dalam hati mesti berkata - kata : Kalau tak beli sekarang , bila lagi ? Lain kali belum tentu ada promosi yang hebat macam ni ........ Jadi baik rebut sekarang ...... !!   Ish ..... ish  ..... Siapa lah tu  , kan ?

Kalau tips yang ke dua hingga ke empat saya tak ada masalah . Maklum lah , saya masih sendiri . Jadi tak perlu nak serabut pegi cari bahan2 makanan untuk di masak ......... Tip yang ke enam hingga lapan  pun ok . Saya boleh terima dan amal kan , InsyaAllah .

Kalau tip yang ke lima tu , rasa nya ada sikit masalah . Saya jenis yang sempoi , simple dan tak suka keadaan yang serabut atau kalut . Jadinya kalau time shopping pakaian , saya akan belek sepuas hati , pastu saiz agak2 je . Setakat ni , Alhamdulillah , semua baju yang saya beli , muat di badan saya . Cuma kalau beli seluar jeans saja saya kena masuk fitting room .......  Takut tak muat . Dah lah mahal nak dapat kan sehelai jeans tu ......Rugi jek nanti ......huhuhuhu  . 
Jadi , kesimpulannya , InsyaAllah diri ini akan menjadi seorang pembeli yang akan berfikir sebelum mengeluar kan wang . Kalau hitung - hitung balik , dah berapa banyak agak nya saya membazir ........ Astaghfirullah ~~~~  

“Allah berfirman dalam surah Al-Israa bahawa Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya  " 
Sebenarnya , boleh atau tidak untuk mengawal tabiat kita tu adalah dengan iltizam dan keazaman dalam diri . Kalau kita ada semangat yang kuat untuk atasinya , InsyaAllah...... Pasti bolehhhh .... !!

"  Di mana ada keazaman , 
 pasti di situ akan ada nya kejayaan ..."


P / S  : Sebenarnya masalah saya tidak lah sampai ke tahap pembaziran . Lastly , saya akan guna juga barang - barang yang di beli tu . Cuma kadang - kadang saya rasa bukan masa yang tepat untuk membeli semua barang - barang tersebut .


Nah , klik  kat sini  kalau nak cash RM  1000 - Lepas jugak kalau nak shopping , kan ?

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik