Wednesday, 22 June 2011

Hala Tuju Sebuah Kehidupan

"Kita adalah apa yang kita fikirkan"



Pernah dengar ungkapan kata di atas?Pemikiran seseorang melambangkan siapa dirinya yang sebenar.Kadanga-kala,kita tidak perlu untuk mengenali seseorang itu secara dekat,hanya melalui cara pemikiran dan tutur katanya sudah dapat menggambarkan diri mereka sebenarnya.

Hidup ini haruslah sentiasa berfikiran positif.Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang belum terjadi hingga menyebabkan sangkaan yang di cipta itu menjadi sempadan yang akan menyekat kita untuk terus maju melangkah ke depan.

Jangan terlalu memberi dalih sebelum mencuba terlebih dahulu.Andaian-andaian yang di buat sebelum sesuatu perkara itu benar-benar terjadi hanya akan mematahkan semangat yang sebelum ini berkobar-kobar mahu mencapainya.

"Melakukan sesuatu tanpa matlamat,ibarat menembak tanpa sasaran"

Bukankah ini kelihatannya seperti sia-sia? Ingin melakukan sesuatu di samping mengharapkan pulangan yang berbaloi-baloi tetapi tidak tetapkan sasaran yang di kehendaki.....

Dalam hidup ini,apa jua yang ingin di lakukan haruslah mempunyai makna yang nyata.Perlu tahu arah atau jalan yang ingin di lalui.Pendek kata,perancangan yang rapi harus ada sebelum melakukan sesuatu perkara.

Itulah peri pentingnya untuk kita kenal terlebih dahulu siapa diri kita sebenarnya.Bukan semua orang kenal dan mahir tentang diri masing-masing.Ada yang masih belum sedar kalau mereka punya kelebihan yang orang lain tidak miliki.Begitu jugalah sebaliknya.Jadi dalam kehidupan ini,sifat saling ingat mengingati itu harus ada.Konklusinya,kenali potensi diri.Renung sejenak,apa yang anda mahukan dalam hidup anda sebenarnya.....


Apa yang pasti,ada satu hala tuju kehidupan yang sama akan kita lalui.Perjalanan menuju kepada-Nya.Di sini,nasib kita bergantung pada amal yang telah kita perbuat sepanjang hayat kita di muka bumi yang maha luas ini.

Jangan sia-siakan kehidupan yang sangat singkat ini.Jangan terlalu yakin bahawa amal kita sudah lebih dari cukup untuk di bawa sebagai bekalan mengadap Yang Maha Esa.....

>>>> Di saat kita berada di suatu simpang,kekeliruan melanda fikiran.Mana satu laluan yang harus di pilih.... ?

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik