Monday, 13 June 2011

Tiket Masuk Percuma ke Water Park.....

Assalammualaikum....


Bismillah,ucapan ringkas yang sangat mustajab untuk kita memulakan sebarang aktiviti.Pagi ni sampai awal sikit di office.Lepas santap nasi goreng ( pagi ni kebulur sikit sebab weekend x jamah nasi langsung....huhuhuhu  ) , sempatlah juga saya selak2 newspaper hari ni.Orang office semuanya bertanya pasal Launching new office last weekend di JB.Terujalah tu nak tengok kot2 ada sesat muka dorang dalam paper tu..... :P

Dalam selak punya selak segala newspaper yang ada atas meja tu,tetiba mata saya tertangkap satu iklan "Gempak Santai Harian Metro @ Bukit Merah Lake Town Resort " . The best part tu ada tiket free.....!!!! hahahaha..... sukanyaaaaa.....!!! Memang dah lama sebenarnya saya tak bersantai-santai kat water park tu walau rumah depan pintu masuk aje..... hehehehe..... :P



Maklumlah,mana-mana theme park,harga tiket semua standard mahal.So,agak2 ler kalau nak masuk selalu.Alamatnya kenyang minum air tasik Bukit Merah lerr jawabnya lepas tu.....


So,pada siapa2 yang belum pernah pergi lagi Bukit Merah Resort ni , moh lerr rajin2kan diri kumpul kepala akhbar Harian Metro . Apa yang perlu di lakukan adalah :

  • Potong dan kumpul kepala akhbar Harian Metro setiap hari ( start dari 13 - 26 June 2011 ) ---> fotostat2 atau kepala akhbar yang sama tarikh tak di terima - HARAP MAKLUM
  • 14 keratan kepala akhbar = 2 tiket percuma ke BMLR
  • Hanya ENAM tiket sahaja yang boleh di tukar untuk setiap pembaca
So,apa lagi,jom le ramai2 dapatkan Harian Metro untuk collect kepala akhbar sebagai penebusan. Saya pun dah excited nk kumpul nih coz dah lama rasanya tak spend time dengan anak-anak buah saya.Boleh ajak anak2 buah saya 6 orang bermandi-manda...yeaaayyyyhhhh....!!!


Tapi kena ingat ya, tiket yang sudah di tebus  hanya sah di guna pakai  bermula dari 8 - 31 Julai 2011 SAHAJA......Penebusan tiket boleh di buat di semua pejabat / cawangan  NSTP seluruh negeri atau terus berhubung dengan pihak resort di :

Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah,Semanggol,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05 - 8908888 
@
NSTP ( Bhgn. Pemasaran )
Tel : 03- 20567105 ( Hanis / Rafi )

So,cepat2 lah ya gi tebus itu tiket.Takut penat2 kumpul,tiket dah habis..... sebab hanya ada 66,620 je tiket free.....apa lagi ???

 P / S : Time free2 gini lerr nak cari peluang hiburkan hati anak2 buah.Seronok sangat bila dorang happy..... bahagia sangat2.


Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik