Thursday, 30 June 2011

Hari Baru Untuk Azam Baru ......

Iklan jap : Nak Blackberry percuma tak ? Jom jengah kat  SINI  , boleh dapat free ...... !!!




Assalammualaikum

Selamat pagi kawan - kawan sekalian ......

Jom kita mulakan hari ini dengan sepotong doa yang memang menjadi amalan          Rasulullah s . a . w   :

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku "
HR : Imam Ahmad


Jangan lupa untuk selalu amal kan ayat ini juga :

" LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN”
(Surah Anbiya ' )


Sudah semua nya  ? Alhamdulillah .. .....  Moga segala urusan akan di permudah kan  oleh - Nya , amin .

Hari ni macam biasa , tetap kena pergi office . Cuma hari ini lewat sikit sebab Along tak keja . Orang pertama datang office tu saya lah  . Prepare apa - apa yang patut dulu , then baru ke surau . Balik dari surau , ter serempak dengan akak saya , Kak Lina . Tengok dia tapau makanan dari kafe , hati ni cakap , " nak jugak lah ". ( Walau pun sebenarnya kat rumah dah breakfast biskut 2 keping + se gelas susu ) Hehehehehe ~~~ Selera tengah ada , layan aje lah ......

So , masuk kafe , memang dah penuh dengan students . Nampak macam sedap nasi goreng tu , apa lagi tapau sebungkus..... cukup lerr tu , kan ? Hohohoho 




Settle semua , terus tekan lift ke level 1 . Nampak dah akak saya dok lepak tunggu saya kat tempat saya  . Kemain senyum panjang kat saya . Happy saya tengok ...... :) 

Borak - borak kosong jap sambil mulut mengunyah karipap ....... Tetiba nampak pulak akak saya sorang lagi yang sangat lah kamceng nya dengan akak Lina saya nih ...... Kalau tadi masa saya dengan akak Lina je , breakfast karipap + nasi goreng . Datang akak sorang nih bertambah menu breakfast kita orang . Nak tahu menu apa ........ ????   

" GOSSIP GIRL "  

Aik , girl lagi ke ? Umur dah 30 - an ......... better sebut "gossip women " ....... ok kan ? hahahaha ( mati saya kalau akak baca ni nanti ...... kui3  )

Dia orang ni memang .Pantang berjumpa , ada aje benda nak bisik - bisik tu . Saya tak ambik pot langsung ....... Sebab topik tak sesuai dengan peringkat umur saya ....... coz saya kan muda lagi , kan ? Hehehehe

Pada kawan - kawan yang sedang baca ni , jangan contohi sikap ni ya ....... Tak baik langsung ..... !! Saya rileks - rileks aje ....... :)

So , apa menu sarapan anda hari ni ? Jangan lupa ya , sarapan tu penting . Untuk menyumbangkan tenaga bagi memulakan hari yang penuh cabaran nihhh ......

Sekian aje pot pet pot pet saya pagi ni ...... Nanti saya sambung lagi , InsyaAllah ......

" Have a nice day yea ....... smile always ....... "
 :)

P / S  : Hari demi hari , tak terasa langsung begitu cepat masa bergerak . Seakan baru semalam menempuh hari Isnin , ni dah nak weekend lagi ......  Petanda kiamat semakin hampir ke ?
Jom rancang akiviti hujung minggu anda nanti . Banyak aktivit menarik kat  SINI . jom klik tengok ... dengar2 nya boleh layan Roller Coaster  :)  -  PEACE  -

Wednesday, 29 June 2011

Tip - Tip Mengelak kan Over Budget

Jom  klik  kat sini dulu sebelum nak ber belanja sakan , ya .... !!

Salam ketenangan buat semua yang sudi meluangkan sedikit  masa emas korang untuk baca entry ni .

Entry ni sebenarnya adalah kesinambungan  pada masalah saya yang susah sikit nak kawal nafsu ber belanja . Walau pun saya ni jenis yang cukup payah nak beli sesuatu barang , tapi kalau dah datang mood nak membeli ,benda yang tak penting pun saya rembat je . Janji bila saya tengok sesuatu barang tu , saya suka , hati dah berkenan , harga ok .Then saya akan beli .



So , ada siapa2 boleh bantu macam mana ya nak kawal nafsu dalam berbelanja  ? 
 Melalui beberapa pembacaan saya yang tak berapa nak fokus , saya sempat jugak kutip beberapa input tentang cara nak berbelanja secara ber hemah . Kira macam ke arah kempen menjadi pengguna yang bijak lah ....... Jom kita check satu persatu tip - tip yang sempat saya tengok . Harap - harap tak lah susah untuk di amal kan ,betul tak ?  :)



Rancang ‘perjalanan’ membeli-belah anda sebaik mungkin supaya tidak membazir wang dan masa.

Kenal pasti atau sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya anda tidak rambang mata apabila melihat deretan barangan di premis dimasuki.

Sekiranya membeli barangan makanan, pastikan anda menyemak tarikh luput produk berkenaan.

Sebelum keluar daripada premis, semak resit belian bertujuan memastikan anda membayar barangan yang betul.

Jika membeli pakaian, cuba terlebih dulu sebelum anda membuat keputusan membelinya. Pastikan ia muat pada badan anda dan tiada sebarang kerosakan pada pakaian yang dibeli.

Kenakan sepatu yang bersesuaian ketika membeli-belah kerana anda mungkin mengambil masa lama untuk mencari keperluan.

Sekiranya anda mengetahui harga barangan yang ingin dibeli, ia adalah bonus kerana anda boleh mengadakan belanjawan berhemah sebelum menghabiskan wang tanpa merencanakan terlebih dulu apa yang ingin dibeli.

Sebaik-baiknya bawa rakan ketika membeli-belah kerana anda boleh mendapatkan pandangan beliau sebelum membeli barang.

Hurrmmmm ....... macam mana ? Boleh di terima ke tak nihhh ..... ?

Saya rasa macam susah sikit . Nak tahu tip mana yang saya rasa macam tak kena dengan saya ? Meh saya kasi tahu .......

Tip yang pertama macam susah sikit . Ye lah , biar pun dah hafal selok belok lorong kat shopping mall tu ,tapi kalau mata dah terpanah pada harga promosi yang bergantung merata - rata , mana kita tak tertarik , kan ? Dalam hati mesti berkata - kata : Kalau tak beli sekarang , bila lagi ? Lain kali belum tentu ada promosi yang hebat macam ni ........ Jadi baik rebut sekarang ...... !!   Ish ..... ish  ..... Siapa lah tu  , kan ?

Kalau tips yang ke dua hingga ke empat saya tak ada masalah . Maklum lah , saya masih sendiri . Jadi tak perlu nak serabut pegi cari bahan2 makanan untuk di masak ......... Tip yang ke enam hingga lapan  pun ok . Saya boleh terima dan amal kan , InsyaAllah .

Kalau tip yang ke lima tu , rasa nya ada sikit masalah . Saya jenis yang sempoi , simple dan tak suka keadaan yang serabut atau kalut . Jadinya kalau time shopping pakaian , saya akan belek sepuas hati , pastu saiz agak2 je . Setakat ni , Alhamdulillah , semua baju yang saya beli , muat di badan saya . Cuma kalau beli seluar jeans saja saya kena masuk fitting room .......  Takut tak muat . Dah lah mahal nak dapat kan sehelai jeans tu ......Rugi jek nanti ......huhuhuhu  . 
Jadi , kesimpulannya , InsyaAllah diri ini akan menjadi seorang pembeli yang akan berfikir sebelum mengeluar kan wang . Kalau hitung - hitung balik , dah berapa banyak agak nya saya membazir ........ Astaghfirullah ~~~~  

“Allah berfirman dalam surah Al-Israa bahawa Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya  " 
Sebenarnya , boleh atau tidak untuk mengawal tabiat kita tu adalah dengan iltizam dan keazaman dalam diri . Kalau kita ada semangat yang kuat untuk atasinya , InsyaAllah...... Pasti bolehhhh .... !!

"  Di mana ada keazaman , 
 pasti di situ akan ada nya kejayaan ..."


P / S  : Sebenarnya masalah saya tidak lah sampai ke tahap pembaziran . Lastly , saya akan guna juga barang - barang yang di beli tu . Cuma kadang - kadang saya rasa bukan masa yang tepat untuk membeli semua barang - barang tersebut .


Nah , klik  kat sini  kalau nak cash RM  1000 - Lepas jugak kalau nak shopping , kan ?

Tuesday, 28 June 2011

Manis Nya Ujian Dari Allah itu


Untuk pengguna Maybank , anda kena tahu tentang ini  <----  KLIK


Assalammualaikum ....


Salam mesra buat semua kawan - kawan yang sudi menjenguk blog yang serba kekurangan ini apatah lagi dengan entry yang tak seberapa .

Saat ini sebenar nya saya sedang memikirkan sesuatu . Terbayang di benak fikiran tentang luahan rasa kesal  seorang rakan kepada rakan saya di wall Facebook nya . Alhamdulillah ,    sekurang - kurang nya masih belum terlewat untuk  dia sedar kembali tentang kesilapan yang sudah menghanyut kan nya jauh dari jalan - Nya .

Sememang nya fitrah manusia hanya akan sedar dari mimpi indah dunia apabila sesuatu musibah melanda diri . Saat itu lah baru terkenang kembali kesalahan lalu , baru teringat yang Tuhan itu wujud . Baru sedar dari alpa bahawa DIA yang berkuasa di atas segala - galanya .

Di saat lagi susah , baru terdetik semula hati mahu menadah tangan kepada - Nya , tiba - tiba kenal kembali tikar sejadah yang sudah lama berhabuk di belakang pintu .
Hairan ya ,  bagai mana tiba - tiba boleh teringat semula ? Sebelum ini , ingatan telah hilang sebentar ya gara - gara godaan dunia yang hanya secebis jika mahu di banding kan dengan kuasa yang ada pada - Nya ? Astaghfirullah .....

"   andai manusia bisa mendengar suara2 sang angin bertasbih,dedaun berzikir,cakerawala bertahmid,pasti mereka akan lebih tahu,lebh mengerti akan sebuah kehidupan,selaut kesyukuran dan segunung ketaatan.di saat itu,yg angkuh akan jatuh tersimpuh,yang alpa akan meraba2,yang brdosa mgadu domba....menagih SETANGGI KASIH-NYA...  "

Apa - apa pun , ucapkan lah Alhamdulillah sebanyak mungkin pada - Nya . Kerana dengan izin dari - Nya  lah hidayah untuk kembali ke pangkal jalan di per oleh .

Allah memberikan dugaan , cabaran , ujian bukan tanda DIA tidak sayang  akan hamba2 - Nya . Semua itu hanya lah sebagai satu cara untuk melihat sejauh mana taatnya kita pada DIA ,Sang Pencipta . Untuk menguji sedalam mana cinta kita terhadap - Nya . Bukan kah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang  ? Pasti nya DIA tidak akan menzalimi hamba2 - Nya...... Yang zalim itu adalah diri kita sendiri . Kita sendiri yang menganiaya diri kita tanpa sedar sebenarnya .

"  Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa..Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dlm diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dr keikhlasan  "

Kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada - Nya , ketaatan yang kita berikan untuk - Nya akan di balas dengan nikmat Syurga yang tidak terhingga . Sungguh lumayan sekali balasan yang bakal kita peroleh andai kita mentaati segala perintah dari Allah . Jadi , seharusnya lah kita berhak menerima ujian dari - Nya untuk menentukan sama ada kita ini tergolong hamba2 nya yang layak atau tidak untuk Syurga - Nya itu . Apalah sangat tahap cubaan yang di beri jika mahu di banding kan dengan bahagian yang bakal di peroleh dari - Nya nanti , bukan  ?

"   Tuhan 
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan 
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami  "
Pahat kan dalam hati , Allah itu sentiasa ada buat hamba2 - Nya . DIA tidak memilih , kesemua hamba2 - Nya adalah sama . Bukan kah Allah itu Maha Adil ? Biar selama mana kita tersesat , biar sejauh mana kita tersasar , biar selalai mana pun kita dalam melaksana kan tanggungjawab terhadap - Nya , DIA tetap akan menerima kita seandainya sudah tergerak mahu mengungkap kata Taubat .

Allah itu tidak pernah zalim . DIA tidak pernah membeza2 kan hamba2 - Nya walau sehina mana pun hamba itu di mata dunia . Hanya  hamba2 - Nya sendiri yang membeza2 kan taraf antara satu sama lain ....... Layak kah kita sebenarnya untuk meng adili antara satu sama lain sedang kan darjat kita di mata - Nya  adalah sama iaitu sebagai seorang  =   HAMBA  ?

Jadi , pada kawan - kawan sekalian , mari lah kita sama - sama merenung kembali dalam diri , apa yang  sudah kita lakukan sepanjang hayat yang sudah kita habis kan ? Adakah membawa manfaat atau sekadar keseronokan yang berbekas sebentar cuma  ?

"   jangan pernah rasa jemu untuk berbuat baik kerana Allah tidak pernah jemu berbuat baik terhadap mu....dan jangan pernah terfikir untuk melakukan kejahatan ke atas orang lain kerana Allah tidak pernah menzalimi mu...  "



Sementara hayat  masih di beri pinjam , teruskan perjuangan di jalan  - Nya .      Jangan pernah lelah dengan nama nya ujian , jangan pernah serik untuk terus menghadapi dugaan dari - Nya  dan jangan cepat tersungkur sebelum sampai ke penghujung nya . Kerana di penghujung perjalanan kelak , Allah akan membalas segala kesetiaan cinta kita terhadap - Nya dengan balasan yang telah di janjikan . Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji ........ - Wallah'huallam -


P / S    : Hanya sekadar renungan bersama . Kadang2 tanpa sedar diri telah jauh hanyut dari pangkuan - Nya . Bila sudah hampir lemas , baru lah teringat mahu berenang pulang kembali ke sisi - Nya .Alhamdulillah .......


Terima kasih pada yang sudi membaca . Jom ramai2 klik di dini pula .

Tak sangka kalau kawan saya akan bertanya kebenaran tentang wujud nya Tuhan itu . Untuk kes yang ini , sila rujuk di ENTRY INI

Best Kan Buat Jahat Tu ?


Selalu dengar orang - orang tua cakap macam ni  bila korang buat salah :

Korang nak bahagia kan parents korang ? Klik kat sini eyh ...

                   "   Hah , bagus lah tu . Esok - esok buat lah lagi ...... Kan bagus tu ..... "
Pernah ?

Tu nama nya ayat memerli , tahu ? Memang orang2 tua selalu ber cakap guna kiasan atau bahasa sindiran yang halus tapi punya makna yang amat menusuk kalbu . Mereka mesti akan cakap berlawanan dengan maksud yang ingin di sampaikan . Tapi itu semua adalah untuk sedar kan kita juga . Tapi memang kita selalu buat perkara yang ber lawanan , kan ?

Sama juga dengan kelakuan manusia . Sesuatu benda yang sangat2 di tegah itu , yang itu juga lah yang nak di buat ..... Ermmmm , kenapa agak - agak nya , ya  ? Cuba anda..... dan  anda semua fikir2 kan .....  :)

Manusia ni ,  biasa nya lebih ringan nak lakukan kejahatan berbanding kebaikan . Entah kenapa ya ?  Kalau nak memulakan sesuatu kebaikan tu ,  macam berat semacam , kadang2 malu pun ada rasa nya , barangkali lah .... Tapi kalau nak buat jahat  tu , tak ada nak fikir malu pulak , ya ? Kenapa jadi macam tu ? Hurmmmm.... Fikiran masih lagi berputar ligat nihhh....

          "  Dalam surah Yusuf: 53 Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat olah Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. "

Susahnya mahu menunduk kan nafsu , ya ? Agak - agak nya memang sudah lumrah atau fitrah manusia lebih cenderung melakukan kejahatan berbanding kebaikan . Kalau ada dua perkara yang berbeza datang kepada manusia untuk di pilih

  1. Kebaikan
  2. Kejahatan
Pastinya manusia akan lebih tertarik dan ringan hati melakukan kejahatan . Kenapa agak - agak nya , ya ? Ermmm , begini . Saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa :

             "    ada satu makhluk yang dikenali sebagai "qarin" yang bererti sesuatu yang menyerupai sahabat (al-Munjid, 1956:625). Qarin adalah daripada golongan makhluk-makhluk halus yang sentiasa berdampingan dengan manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.   "

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk menggoda, menipu dan memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Dengan godaan itu ia boleh menyebabkan manusia menganggap sesuatu yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Dengan dorongannya seseorang itu akan sentiasa terdorong untuk melakukan kejahatan yang dirasakan menyeronokkan, melahirkan rasa rela dan kepuasan.

Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin, tidak kira ia seorang nabi, seorang alim ataupun orang biasa.

So , sekarang kawan2 semua dah tahu kenapa manusia tidak punya rasa takut untuk melakukan  kejahatan ? Sebab ada yang mendorong nya lah .... Qarin .

Patut lah orang tak kisah aje ye nak buang bayi merata - rata ? Gamak nya macam  buang sampah setiap pagi .Main humban ajew , kan ? Hairan betul bab yang macam ni ~~~ tak akan pernah habis agak nya . Hari ni saja ada lagi manusia buang bayi . Jom baca lanjut kat sini ------>   Bayi di buang dalam semak . My colleuge siap cakap ala - ala doa lagi :      " Akak harap orang2 yang pernah buang anak ni , in future tak payah lah tuhan nak beri rezeki anak lagi pada dia orang . Bukan tahu nak hargai pun .... " Itu kata akak saya , bukan saya . Saya senyum je . Angguk tak , geleng pun tak ..... :) 

"    Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah        kepada  siapa yang kamu derhakai. (HR. Aththusi  )  "
  
Sabar aje lah . Sampai tak larat nak baca . Itu baru 1 kes , belum sebut benda2 buruk lain lagi . Nasib baik baca newspaper free , kalau beli , buat bazir duit aje ....

              Jom tenang kan fikiran dengar lagu2 best kat sini

BUANG BAYI = Ber ' couple '  +  Beramah - mesra  +  Berzina  <-------  Jadi nya di sini dah berapa banyak kejahatan yang telah di cipta ?  Ini baru satu kes , ya ...... !!



Jadi , apa yang perlu kita lakukan sekarang ?
Pada saya , pertama nya kita kena muhasabah diri dulu . Ingat !! Kita tak punya apa - apa kat dunia ni ..... semua milik - Nya .Jadi jangan nak sombong atau lupa diri dengan nikmat yang di kurnia kan oleh Tuhan . Kegembiraan di dunia ni tak akan bawa kita ke mana . Bukan lah satu kesalahan untuk berseronok , tapi setiap perkara yang di lakukan itu harus ada batas2 nya . Hidup biar seimbang  = Bahagia di dunia dan juga akhirat , InsyaAllah ....

Then , cuba mula  dekat2 kan diri dengan DIA , pasti kita akan merasa tenang . Bila hidup dalam ketenangan , setiap perkara yang kita lakukan pasti akan terasa mudah . Walau ber hadapan dengan masalah , InsyaAllah , akan tetap terasa ringan dan mudah .



Dan bila diri dah mula dekat dengan DIA , pasti secara automatik nya kita kan merasa takut untuk melakukan kejahatan . Sebab nya  ? Sebab kita sentiasa akan rasa bahawa Allah sedang melihat setiap tingkah - laku kita . Tak kira , walau di mana kita berada , harus di ingat : Allah itu Maha Melihat .... :)

          Saya tulis hanya sekadar untuk kita fikir - fikirkan apa yang sudah menimpa dunia kita ini . Ingat , hidup tak selama nya kekal , kehidupan di akhirat sana yang bakal menanti.... Itu lah agak nya bila dunia semakin meniti penghujung hidup . Bila2 masa sahaja kiamat akan berlaku . Jadi sebelum ianya terjadi , mari lah sama2 kita kembali ke pangkal jalan . Bak kata - kata  yang berbunyi
" Bekerja lah seolah - olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan
    ber ibadah lah kamu seolah - olah kamu akan mati pada esok hari   "


Dari baca berita2 yang boleh buat tension , apa kata kita santai2 kat sini ? Lagi banyak faedah nya :)



"   Barang siapa meninggalkan maksiat terhadap Allah kerana takut kepada Allah maka ia akan memperoleh keredhaan Allah. (HR. Abu Ya’la )   "

                                ~~~ wallah' huallam.....  ~~~
 

Hargailah Nilai Sebuah Persahabatan Itu



" Jangan engkau ber sahabat dengan sahabat yang mana dia begitu ber harap kepada engkau ketika mahu menyelesai kan masalah nya sahaja sedang kan apabila masalah atau hajat nya telah selesai maka dia memutus kan kemanisan persahabatan. Ber sahabat lah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melaku kan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, mem beri per tolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap ber tanggung jawab nya ter hadap engkau. "
-Imam Umar bin Abdul Aziz
sumber : SINI


Dalam menjalinkan hubungan persahabatan  memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang . Kadang - kadang apa yang kita lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena .Sudah nya , pasti akan timbulnya bisik - bisik halus atau cakap - cakap belakang tentang ketidak puasan hati terhadap diri kita . Namun , kita seharusnya sedar yang kita juga manusia biasa . Tidak sempurna sepenuhnya . Seharusnya sikap  ingat - mengingati serta hormat - menghormati harus di semai dalam sesebuah persahabatan . Sifat berterus - terang itu juga salah satu elemen penting dalam sesebuah persahabatan untuk terus menjadikan persahabatan kekal buat selama - lamanya .........

Klik sini jika ada penggemar coklat...!!

Agak - agaknya apa yang perlu kita elak kan supaya kita tidak merosakkan sesebuah hubungan persahabatan itu ? Ada beberapa "JANGAN " yang perlu kita elak kan . Nak tahu ? Jom , baca kat bawah ni ........ :)

        • JANGAN   lempar penghinaan --->  Sebagai seorang sahabat . tidak seharusnya kita merendah kan mengejek dan menghina sahabat biar dalam bentuk apa sekali pun . Tak kisah lah dari sudut fizikal , sosial , kelakuan dan lain2 lagi . Walau pun pada pandangan mata anda , ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabat itu , tegur lah dalam keadaan yang berkhemah supaya tidak akan ada hati yang terasa nanti . Sahabat anda juga nanti pasti akan dapat menerima cara teguran anda yang bersopan itu ......

 Anda seorang yang prihatin : jom sama2 selamatkan bumi kita..... klik

        • JANGAN   mencampuri urusan peribadi nya ---->  Sebaik nya cuba elak kan untuk tidak terlalu busy body atau terlebih menjaga kain orang lain . Sebab nya ,mungkin sahabat anda punya masalah personal yang tidak sesuai untuk di kongsikan . Setiap orang itu punya masalah yang tersendiri dalam hidup . Kadang - kala bukan semua perkara selesa untuk di kongsi . So , mulai sekarang , cuba lah belajar menjadi seorang sahabat yang memahami ..... ^_^

        • JANGAN   ketawakan sahabat anda  --->  Jika sahabat sedang mahu bertanya kan pendapat atau mahu menunjuk kan sesuatu yang di hasilkan nya , anda jangan sesekali ketawakan sahabat anda . Biar bagai mana pun hasil nya , jangan ketawa . Kerana jika anda berbuat begitu , risau hanya akan mengundang rasa kecil hati pada sahabat anda . Tidak kisah lah sama ada sahabat anda mahu bertanya pandangan anda tentang fesyen terbaru nya ke , resepi yang di hasilkan ke ,cara dia ber make - up  atau apa2 sahaja . Ketawa itu mungkin boleh sekadar berjenaka , tetapi jangan berlebihan atau terlampau - lampau hingga tidak perasan yang sahabat berkecil hati dengan tindakan kita .

        • JANGAN  buat perbandingan  ---->  Hal ini mungkin sensitif sedikit . Biar lah bagaimana sekalipun sahabat kita itu , bersahabat lah dengan ikhlas . Bukan kerana harta , pangkat , nama , populariti atau kerana kepentingan diri sendiri . Biar pun sahabat kita tidak punya rumah yang besar ,kereta mewah , kerjaya yang bagus seperti kita , jangan sesekali kita banding kan itu semua . Kerana , hal yang sebegitu akan membuatkan sahabat merasa rendah diri , rasa terhina dan seolah - olah tidak di hargai .


 " Apabila kita ingin berteman , jangan lah kerana kelebihan nya , kerana mungkin 1 kelemahan , kau mungkin akan menjauhi nya  "


  •  JANGAN   ungkit kisah lalu nya  --->  Setiap orang punya kisah hidup yang tersendiri . Dan tidak semua perkara dalam hidup ini di lalui dengan kebahagiaan , kejayaan dan keseronokan . Mungkin sahabat anda pernah melalui kisah pedih atau sesuatu yang meng aib  kan untuk di ketahui oleh semua orang . Justeru , kita sebagai sahabat seharusnya menjadi pemegang setia rahsia sahabat kita. Dan jangn pernah sesekali mahu meng ungkit kembali kisah - kisah lalu yang hanya akan membuatkan hati sahabat anda kembali terluka .


 P / S  :  Hargai lah persahabatan yang sudah terjalin . Kerana mencari seorang sahabat itu bukan lah mudah
"   Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu "
MAHUKAN I - PAD PERCUMA ? JOM KLIK 

Monday, 27 June 2011

Bila Hati Bertanya : Eh ,Dia Ni Suka kat Aku ke?

Salam Cinta buat semua  ..... :)  

Jom , klik sini dulu :)


 " Eh , aku rasa mamat tu suka kat ko lerr .Dari tadi dok usha je ,apa kes ? "

Ermm ,pernah tak korang terperasan ada some one yang suka sangat curi2 pandang kt korang atau pun dia selalu je cari peluang supaya dapat terserempak dengan korang....Ada tak? Cer ingat balik , sebab kalau dah ada mamat yang buat macam tu, sah2 dia dah kena penyakit angau kat diri korang..... hehehehe


Melalui tinjauan yang tak berapa nak profesional , ada beberapa ciri yang dapat di kenal pasti kalau seseorang tu dah jatuh suka pada korang . Jom check it outtt...!!! ^_^



Meh tengok list kat bawah nihh.... :)
  •         Last  ber jumpa ,  korang sakit time tu .Kalau dia dah suka kan korang , mesti dia akan contact atau SMS korang tanya keadaan korang tanya dah semakin sihat je ,  dah makan ubat ke dan panjang lagi lah bebelan dia kat telinga korang ( tu tanda nya dia dh mula concern tentang keadaan korang lerrr tuuu.... :)  --- Best yerrr ---

  •           Lepas tu kan ..... kalau korang  inform kat dia yang korang ada ujian @ exam , mesti dia lah orang paling sibuk sekali nak tahu detail . Mesti dia akan tanya : Bila tarikh ujian , dah abis study ker belom , dah ready dah kerr ,  kesihatan kena jaga and bla....bla.... bla.... lagi . Dah tu , kemain lagi dia hantar SMS wish Go0d Luck lah , tenang kan hati lah , konon2 nak kasi semangat lerr pada korang....dan korang sekalian ..... wahhhh ,  sampai macam tu sekali eyh  ?  Gamak nye dia dah takde keje lain ar tu asyik nak tahu pasal kita je ,kan ? :P   -----> Gilerr rimas weehhh kalau macam tu jadi nye.....

  •           Dah tak cukup - cukup lagi dia sibuk  nak tahu semua pasal korang , dia akan rasa yang dia nak sentiasa ada / dekat dengan korang . Nak spend time sama - sama , berdua gitu ---> guling -guling kat taman kew , habis kan masa kat tepi pantai ke sambil tengok sunset , even kalau korang nak masuk ladies kt shopping mall pun gamak nye dia nak ngekor jugak kot.... Itu pun kalau boleh lah.... ( Tapi macam tak elok je ye spend time ber dua cam gini ? Ermmmm , pandai2 lah pikir sendiri..... )

  •          Haaa.... tip yang ni bestttt .... iye ke ? Entah lah.... Korang  nak tahu , kalau seseorang dah mula ada hati pada korang , mesti dia akan tergerak hati nak kasi something yang bagi dia ter sangat lah istimewa nya even korang  tak rasa pun benda yang dia kasi tu special . Ermmmm , pelik kan  bila dah di lamun cinta nihh ... ??? Adeeehhhh  

  • Dia juga akan cuba belajar untuk suka dengan lagu -lagu yang korang minat even telinga dia sendiri tak boleh terima . Jangan terkejut , kalau dia tiba - tiba mintak kat korang nak pinjam CD , VCD , atau MP3 korang . Sebab dia dah sampai tahap obses nak tahu apa yang menjadi kesukaan korang ...... Sebab bagi dia , kesukaan korang tu, akan menjadi kesukaan dia jugak.... wahhhh ,  so sweettt gilerrr lahhh...!!
                          cuba jengah kat sini , ada penyanyi baru .... !!!


  •         Kalau korang perasan , orang yang suka kat korang ni mesti akan buat something yang macam merepek atau pelik . Contoh nye kan , dia SMS atau call korang tetengah malam time sedap2 tido... tak ke buang tebiat namanya .Dah tu , dia ni tak reti2 nak tidur ke apew ?Kalau call nak cakap sesuatu yang penting , boleh lah jugak di terima akal .Kalau setakat nak wish Gud nite , atau just nak say Hi ...... cehhh , baik lerr tak payah . Hilang  dah nikmat tidur tadi tau.... huhuhuhu


  • Kalau korang mintak dia ajar  something kan , dia mesti akan ajar bersungguh - sungguh even dia kena repeat benda tu 1000 kali.... pe ke bengap sangat ye ? hehehehe ..... Mean ,dia tetap akan sabar explain kat korang walau pun mungkin korang ni dah tergolong orang yang paling bodoh dalam dunia... !!! ( kasar ke bahasa ni ? Ermmm.....abaikan kan )

  • Then , kalau korang check inbox hand phone dia , messege dari korang lah yang paling banyak sekali.Panjang berjela -jela . Sampai kan messege dari korang yang entah dari tahun bila  itu pun dia still setia jugak dalam inbox~~~  Agak2 kalau dia rindu kan korang , sure dia ulang kaji balik kan messege2 tu sumerr.... sampai boleh dapat gred A++ kalau exam.....hahahahahaha.... :P
                             Korang nak i-Phone ke Blackberry ? Jom tengok

  • Tapi dah nama nya pun CINTA ,kan ? Mana boleh paksa2 , betul tak ? So,  kalau lah satu hari nanti korang memang tak boleh nak terima dia walau pun dia dah buat macam - macam kat korang dan dia dah tunjukkan bahawa dia memang cinta mati kat korang , at last dia akan sedar dengan sendiri nya hakikat tersebut . Dia akan bawak diri dan akan menjauh dari korang  dengan slumber nya walaupun dalam hati sampai dah tak tahu nak describe cam mana serius nya luka si dia......


Sunday, 26 June 2011

Mampukah kita menjadi seperti nya ?

Inilah ucapan Rabiatul Adawiyah sewaktu dalam kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada ALLAH ........ Sama - sama kita menghayatinya ......

Link seterusnya.....

        • " Ya Allah , ya Tuhanku.Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri dari - Mu , daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau

        • " Tuhanku ! Bintang - bintang telah menjelma indah , mata telah tidur nyenyak , semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah duduk ku di hadapan - Mu .

        • Tuhanku ! Tiada ku dengar suara binatang yang mengaum , tiada desiran pohon yang bergeser , tiada desiran air yang mengalir , tiada siulan burung yang bernyanyi , tiada nikmatnya teduhan yang melindungi , tiada tiupan angin yang nyaman , tiada dentuman guruh  yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu bukti ke esaan - Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai - Mu .

        • " Sekalian manusia telah tidur dan semua orang yang telah lalai dengan asyik mahsyuknya . Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan terhadap - Mu .

        • Maka moga - moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada - Mu .

        • " Tuhanku ! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan - Mu .

        • Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian - Mu , ombak di laut bertepukan  . Engkaulah Tuhan yang sujud kepada - Nya malam yang gelap , siang yang  terang , falak yang bulat , bulan yang menerangi , bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi - Mu dengan takdir sebab Engkau Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa .

        • " Wahai Tuhanku ! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti . Wahai malangnya diri ! Apakah Engkau akan menerima malamku  ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku di berikan takziah ?

        • Demi kemuliaan - Mu , jadikanlah cara ku ini kekal selama Engkau mnghidupkan aku dan bantu lah aku di atasnya . Demi kemuliaan - Mu , jika Engkau menghalaukan daripada pintu - Mu itu , nescaya aku tetap tidak akan bergerak juga dari situ di sebabkan hatiku sangat cinta kepada - Mu .

        • " Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan . Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku . Aku adalah milik Tuhan ku dan di bawah perintah - Nya . Aku tidak mempunyai apa - apa pun......

        • " Ya Tuhan ku ! Tenggelamkan lah aku di dalam kecintaan - Mu  supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku dari - Mu 



    Wahai Wanita..... Jadilah "Tiang" Yang Baik

    Sabda Rasulullah S . A. W


    "  Wanita adalah Tiang Negara . Jika baik wanita sesuatu negara itu , Maka baik lah Negaranya . Dan jika rosak mereka , Maka akan hancur lah Negara nya  "
    Mengapa Rasulullah meng ibarat kan perempuan itu seperti TIANG sifatnya ?
    Ini kerana kukuhnya sesebuah bangunan itu bergantung kepada tiang yang di gunakan.Tiang lah yang menjadi kekuatan pada bangunan tersebut . Bayangkan jika  bangunan tidak mempunyai tiang atau tiang yang di gunakan goyah,apa agaknya nasib bangunan tersebut.... ?

    " Sebuah rumah di lihat indah  dari luar namun jika tidak memiliki tiang yang kukuh , ia akan roboh "
    Begitu lah halnya dengan perempuan.Bukan sekadar menganggap perempuan hanya sebagai pintu pembuka , bukan juga atap tempat berteduh , ianya juga bukan tempat alas untuk berpijak , bahkan bukan dinding penutup aib dari pandangan orang.
    Tetapi perempuan sifatnya adalah lebih lagi dari itu.........

    Klik untuk seterusnya

    "  LELAKI    VS   WANITA   " 
    Memang tak di nafikan yang lelaki itu lebih pintar dan lebih kuat tenaganya  berbanding wanita.Namun apabila menyentuh bab perasaan dan kesabaran,Kamun Hawa yang lebih kuat untuk menghadapinya. Sekali lagi wanita berperanan menjadi tiang  kukuh dalam menyelesaikan permasalahan.

    Fakta  :
    "  Kajian membuktikan bahawa otak wanita yang kanan ( untuk kemampuan berketerampilan ) dan otak kiri ( tempat berfikir ) adalah seimbang .
    Sementara lelaki pula memiliki kecenderungan otak kirinya lebih baik dari otak kanannya "

    Wanita adalah insan yang kuat untuk berhadapan dengan sesuatu masalah . Malah kaum hawa mampu untuk melakukan banyak perkara atau aktiviti dalam satu-satu masa . Contohnya :

    "  Seorang suri rumah yang sedang memasak masih mampu mengemas rumah di samping membasuh baju serta melayan kerenah anak -anak "
    Itulah kelebihan yang di berikan Allah buat  Kaum Hawa . Cuba bayangkan apa akan terjadi jika kaum adam yang menggantikan tempat si hawa..... ? Adakah sesempurna seperti yang di lakukan oleh wanita ?

    "  TALAK   ?  "
    Tapi kenapa pula hukum tidak menetapkan kuasa Talak itu ke atas tangan  wanita  ?
    Seperti yang di nyatakan di atas, perempuan amat cenderung pada hal berkaitan perasaan.
    Justeru , rasanya memang tepat sekali para suami yang harus memegang talak tersebut.Kerana jika isteri yang mempunyai kuasa ke atasnya,bimbang keputusan yang di buat hanya berlandaskan emosi semata - mata berbanding si suami yang lebih mudah berfikiran logik .

    "  Adil kan segala yang di atur oleh Allah itu ? "
     Dalam kekurangan yang di miliki oleh Si Hawa , Allah akan lengkapkan dengan kelebihan yang ada pada Si Adam ....... Hebat kan apa yang sudah di fitrahkan buat kita ?

    Namun, sudah namanya HAMBA .Pasti tidak akan sempurna secara keseluruhannya . Tapi harus sentiasa berusaha untuk menjadi isteri  yang solehah,ibu yang penyayang.
    Juga mampu menjadi tempat buat suami serta anak - anak untuk tumpang bersandar , tempat meluahkan keluh kesah , tempat bermanja .

    Jadi para wanita sekalian , marilah kita menjadi TIANG  yang kukuh.Kerana jika kita lemah , maka akan runtuh lah segala - galanya ........ Jom sama sama kita renungi apa rintihan hati wanita " Perindu Cinta Allah "

    " Mampu kah kita ,wanita akhir zaman mencontohi Rabiatul Adawiyah ----->  Wanita Sufi Perindu Cinta Allah  ? "

    Al - Kisah Di Pagi Hari


    26 June 2011 - 8.47 a.m

    "  Assalammualaikum
    &
    Good Morning .....   " 
    Nyaman.Segar.Dingin.Mendamaikan.Itulah suasana pagi hari ni.Pagi-pagi lagi dah hujan.Kalau ikutkan hati  dan malas yang bersarang dalam diri ni,mahu sahaja guling-guling balik atas katil tu..... Tapi fikir2 semula,tak jadi lah..... Tak elok habit tu.....  :)


    Dah namanya pagi , tambah dengan hujan pulak.Apa lagi,perut pun start bernyanyi-nyanyi macam katak panggil hujan. So,breakfast saya hari ni adalah.......   ???

    ...........................................................................
    ............................................................................


    Plus


    Ni lerr rutin breakfast yang saya selalu ambik.Cepat,mudah dan sedap jugak......hehehehe


    Nak buat breakfast yang lain,rasa cam membazir jew.Coz tukang makannye tak ada. Saya seseorang je yang melantak. 


    Lepas ni, banyak lagi aktiviti yang menanti...... Tak boleh fikir.Penat

    ................................................................
    ................................................................


    " SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BUAT SEMUA  :)   "

    Saturday, 25 June 2011

    Indah nya Rasa Cinta Itu.....

    " Keikhlasan dalam bercinta ber erti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang di curahkan padanya "
    Kalau kamu cinta dan sayangkan dia,kamu tidak akan pernah sanggup untuk memaksanya menerima kehadiran diri kamu.Biarlah rasa cinta itu wujud dengan sendirinya.Kerana ia lebih indah dan bermakna.

    " Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata : Aku turut bahagia untuk mu "
     Ingatlah,mencintai itu tidak bermakna kamu akan memilikinya.Redhakan hati tak kala dia masih belum membuka pintu hatinya buat kamu.

     " Ya Allah,jika dia benar untukku,
      Dekatkan lah hatinya dengan hatiku,
    Namun andai tertulis dia bukan takdir untukku,
    Redhakan lah hatiku ini dengan
    Segala ketentuan dari-Mu "
     Pasti ada hikmah di sebalik apa yang sudah DIA tentukan buat kita.DIA MAHA MENGETAHUI.Yang mampu kita lakukan hanya lah berusaha dan seterusnya bertawakal kepada-Nya.Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hamba2-Nya.



    " Sebelum engkau HALAL bagiku..
    Aku akan menunggu setengah dari agamaku dgn SABAR dan DOA "


    " SALAM KEBAHAGIAAN BUAT SEMUA...... " 
       


    Friday, 24 June 2011

    Bila Ada Yang Mempersoalkan Kewujudan Tuhan

    Sebenarnya situasi ini terjadi semalam semasa saya dan seorang rakan lelaki ( bukan Islam ) sedang bersantai-santai di office sambil membaca  surat khabar.Saya pun tak pasti macam mana topik ini berbangkit dengan tiba-tiba.Tapi inilah soalan-soalan yang dia tanyakan pada saya :

    • U percaya wujudnya Tuhan ?
    • Pernah nampak Tuhan tak ?
    • U anggap Tuhan itu adil atau tidak ?
    Mula-mula dengar pertanyaan kawan nih,terkejut juga.Tak sangka yang dia akan bertanya soalan sensitif begini.Kawan saya ni mengaku kalau dia pernah nampak Tuhan.Soal tu,saya tak bertanya lanjut.Hanya senyuman dapat saya dahulukan berbanding jawapan.

    Sebabnya soalan ni perlukan jawapan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar-benar dapat merungkai persoalannya sebentar tadi.Tak mahu dia terus keliru dengan jawapan saya nanti.

    Pada yang sudah sememangnya Islam,jangan di ragui lagi tentang ini semua.Kerana ini termasuk dalam rukun Iman  yang WAJIB kita percaya.


    Petang itu,berbualan berkaitan hal di atas terhenti bila mana kawan saya perlu menghadiri kelas.Sepeninggalannya,saya sempat bertanya pada kawan-kawan alam maya saya.Terima kasih pada Bobbie Brown Sr.  sebab beri artikel yang sangat berguna buat rujukan serta Hasrul Nizam yang turut sama menceritakan kisah yang serupa.Untuk rujukan cerita tersebut,sila klik  artikel ini .

    Saya dah suruh kawan saya tu baca di wall FB saya.Saya nak tengok apa reaksinya bila dia baca artikel tersebut.Lama menunggu and at last saya dapat jawapan dari dia......

    Saya harap dia dapat mengerti mengenai perbandingan yang terkandung dalam artikel tersebut.Kawan saya ni walau bukan beragama Islam,tetapi dia pernah belajar Bahasa Arab dan sering melakukan pembacaan berkaitan Islam.Katanya sekadar pembacaan dan untuk menambahkan pengetahuan melalui semua sudut.

    Pada saya,kalau suatu hari nanti hatinya terbuka untuk Islam,Alhamdulillah.Bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Hanya doa lah perkara terbaik dapat kita lakukan.

     P / S  : Keliru sebentar.Orang bukan Islam boleh tertarik pada agama yang indah ini tetapi kenapa orang yang sudah sedia Islam itu tidak pernah menghargai nya?Tanpa rasa takut melakukan segala larangan dan meninggalkan segala kewajipan serta tanggungjwab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

    "Renunglah sejenak ke dalam diri apa yang sudah kita perbuat pada diri sebagai persiapan bertemunya kelak.Selagi nyawa masih di beri pinjam,tidak ada istilah terlewat untuk terus mengabdikan diri pada-Nya.Sama-samalah kita bermuhasabah diri serta saling ingat memperingati."
    Wassalam.
    Mahu laptop baru? Jom gantikan dengan Laptop DELL yang terbaru lagi canggih....!! Ianya PERCUMA....!!

    Kenapa Perlu Contohi Si Lalang

    Salam semua......


    Bila menjengah wall dan terpandang beberapa status sebilangan rakan FB,tiba-tiba tangan ni gatal pulak nak coretkan apa yang saya lihat.Dari tadi dok berfikir dan terus berfikir.

    Kenapa manusia ni mudah sangat terpengaruh dengan hasutan / pujukan / cara orang lain
    tanpa meneliti terlebih dahulu apa betul cara yang mereka gunakan dan baik pula pada orang lain untuk mencontohinya?
    Cuba ambil sikit masa tu,fikir balik... " betul ke apa yang aku buat nihh?" Manfaatkan akal yang di anugerahkan Tuhan  dengan sebaik-baiknya.Bukannya gunakan akal tu untuk menjerat atau mengenakan orang lain.Perlu ingat balasan yang bakal kita peroleh kelak.Kelebihan yang ada jangan di salah gunakan.


    Hidup perlukan pendirian.Tetapkan matlamat dan tujuan anda dalam melakukan sesuatu.Kenapa mesti ikut cara / hala tuju orang lain sehingga matlamat yang sudah kita tetapkan semakin kabur.

    Yang saya sempat tengok di wall kawan2, ada sorang ni kemain lagi nasihat orang sana sini,tapi last2 dia buat juga benda yang di katakan tak baik tu.Kira mcm pepatah  kata " Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan " - Sendiri pun tak betul lagi,dah nak mengubah orang lain pulak ?

    Selama ni saya cukup respect pada dia.Sebab kawan saya ni selalu beri nasihat ke arah memotivasikan diri.Setiap kata-katanya cukup berguna untuk di jadikan panduan.Tapi entahlah,sejak akhir2 ni dah berubah pulak.Seolah-olah dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri.

    Pada saya,tak salah nak jadikan seseorang itu contoh pada diri,tapi pilihlah yang baik sahaja.Jangan semata-mata mahu mengaut keuntungan dan mengejar wang segala,terus lupa pada niat asal.

    "Niat itu tidak menghalalkan cara"
    Niat sudah betul.Tapi lihat kembali apa jenis cara yang di praktikkan untuk mendapatkan sesuatu itu.Fikirkan,Kalau ianya melibatkan rezeki / wang - halalkah rezeki yang di perolehi itu untuk di beri makan pada keluarga?~~~~ Sendiri fikir2kan.....

     P / S : Sebenarnya saya juga ada terlintas nak buat cara yang kawan saya tu buat untuk dapatkan keuntungan.Tapi bila fikir2 balik,halal ke untung yang aku akan dapat nanti? Berkat ke rezeki yang di perolehi tu?Pada saya " biar sedikit rezeki tu,asal saja berkat dan di dapati dengan jalan yang betul".....Dari rezeki setinggi gunung tapi tiada nikmat keberkatan di situ.Tahu-tahu,rezeki tu habis macam tu saja tanpa sebarang hasil untuk di nikmati

    Dari berebut-rebut rezeki yang sejemput tu,baik anda....anda.....anda klik sini : KLIK SINI
    Lagi banyak peluang menanti untuk tambah kan rezeki anda semua.


    Bila Jiwa Remaja Mula Memberontak



    Assalammualaikum....

    Hari ni rasanya macam-macam perkara saya jumpa dan alami.Di office, di rumah.Dalam kepala ni hanya ingat lepas abis kerja mahu bersenang-senang saja dalaam bilik,macam selalu.Lepas Maghrib sempat juga terlelap.... :)


    Dah terjaga,tiba-tiba teringat Kak Ngah di kampung.Sambil melayan maggi + keropok lekor depan mata,saya telefon Kak Ngah saya.Semalam dia ada pesan suruh saya carikan resipi keropok lekor.Dah tengah makan nih,ingat pada dia.Resipinya sudah saya text pagi tadi.Telefon sekadar bertanya khabar.Macam dah lama jew x abiskan kredit bergayut dengan dia... ^^

    Tak sangka,Kak Ngah ada cerita terbaru nak di khabarkan.Macam tak percaya saja bila dia cerita tentang keletah anak jiran saya yang baru sahaja menjejak tingkatan 1.


    Ada ke patut anak jiran saya tu dengan beraninya meluahkan perasaan cinta pada cikgu lelaki yang buat praktikal di sekolah dia.Dah tu,mau tak terkejut beruk cikgu tu pulak bila dengar pengakuan pelajar tu.Habis satu sekolah heboh.Kesian sungguh pada cikgu tu.

    Dah cinta kena tolak dengan "jejaka idaman" , tak pasal2 anak jiran saya tu boleh mengamuk menjerit-jerit di tingkat satu bangunan sekolah sambil ugut nak bunuh diri....Ish,ish.Tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran pelajar tu masa kejadian tu.Ada juga saya bertanya pada Kak Ngah : "apasal budak tu nk bunuh diri kat tingakat 1,kenapa tak naik terus ke tingkat 4,kan lagi tinggi??Baru berbaloi kalau mati....adoyaaiii...!!

    Didik anak sedari kecil. Bak kata pepatah : 
    " Melentur buluh biarlah dari rebungnya "
    Gamaknya dia dah terlupa mak-ayah,keluarga semua.Baru tingkatan 1,sudah berani buat perkara-perkara yang macam tu.Seingat saya dulu, saya pernah juga suka pada cikgu,tapi tak ada lah sampai tahap bunuh diri bagai...Cukuplah kalau jadikan cikgu sebagai contoh dan penguat semangat untuk lebih maju dalam pelajaran.


    Saya bercerita ni bukan lah nak bawa mulut atau apa.Tak terniat langsung.Just terasa nak share pada anda semua.Saya tak sangka sungguh kecil-kecil begini dah tahu mahu bunuh diri,kalau di masa hadapan nanti,apa pula yang bakal di lakukannya...???



    Pada ibu-bapa,pantaulah selalu anak-anak.Mereka sedang dalam proses membesar.Jiwa sedang berkobar-kobar ingin mencuba sesuatu yang baru.Bantu anak-anak agar dapat membesar dalam suasana dan keadaan yang sesuai.Mereka masih terlalu mentah untuk menentukan hala tuju kehidupan sendiri.
     Anak di ibaratkan sebagai kain putih..Sebagai ibu-bapa,kita yang bertanggungjawab mencorakkannya
    Sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak remaja seperti ini.Mereka dalam proses menentukan personaliti diri.Jangan sesekali berfikir boleh harapkan anak-anak menjaga diri sendiri tanpa pengawasan.Dan jangan juga meletakkan 100 % kepercayaan pada mereka.
    Bak kata pepatah, " Beringat sebelum terkena " , " Jangan dah terhantuk baru nak terngadah "


    Pandang pada diri sendiri,dan renung-renungkan lah.....


    P / S : Risau bila dengar pasal kes macam ni.Sebab saya pun ada anak buah yang sebaya begini.Mudah-mudahan dia tidak mudah terpengaruh dengan ajakan merepek kawan-kawannya.Baru terfikir ada betulnya pepatah " Menjaga sekandang lembu itu lebih mudah dari menjaga seorang anak "
     -Besarnya tanggungjawab sebagai ibu-bapa -

    Wednesday, 22 June 2011

    Hala Tuju Sebuah Kehidupan

    "Kita adalah apa yang kita fikirkan"



    Pernah dengar ungkapan kata di atas?Pemikiran seseorang melambangkan siapa dirinya yang sebenar.Kadanga-kala,kita tidak perlu untuk mengenali seseorang itu secara dekat,hanya melalui cara pemikiran dan tutur katanya sudah dapat menggambarkan diri mereka sebenarnya.

    Hidup ini haruslah sentiasa berfikiran positif.Jangan terlalu memikirkan sesuatu yang belum terjadi hingga menyebabkan sangkaan yang di cipta itu menjadi sempadan yang akan menyekat kita untuk terus maju melangkah ke depan.

    Jangan terlalu memberi dalih sebelum mencuba terlebih dahulu.Andaian-andaian yang di buat sebelum sesuatu perkara itu benar-benar terjadi hanya akan mematahkan semangat yang sebelum ini berkobar-kobar mahu mencapainya.

    "Melakukan sesuatu tanpa matlamat,ibarat menembak tanpa sasaran"

    Bukankah ini kelihatannya seperti sia-sia? Ingin melakukan sesuatu di samping mengharapkan pulangan yang berbaloi-baloi tetapi tidak tetapkan sasaran yang di kehendaki.....

    Dalam hidup ini,apa jua yang ingin di lakukan haruslah mempunyai makna yang nyata.Perlu tahu arah atau jalan yang ingin di lalui.Pendek kata,perancangan yang rapi harus ada sebelum melakukan sesuatu perkara.

    Itulah peri pentingnya untuk kita kenal terlebih dahulu siapa diri kita sebenarnya.Bukan semua orang kenal dan mahir tentang diri masing-masing.Ada yang masih belum sedar kalau mereka punya kelebihan yang orang lain tidak miliki.Begitu jugalah sebaliknya.Jadi dalam kehidupan ini,sifat saling ingat mengingati itu harus ada.Konklusinya,kenali potensi diri.Renung sejenak,apa yang anda mahukan dalam hidup anda sebenarnya.....


    Apa yang pasti,ada satu hala tuju kehidupan yang sama akan kita lalui.Perjalanan menuju kepada-Nya.Di sini,nasib kita bergantung pada amal yang telah kita perbuat sepanjang hayat kita di muka bumi yang maha luas ini.

    Jangan sia-siakan kehidupan yang sangat singkat ini.Jangan terlalu yakin bahawa amal kita sudah lebih dari cukup untuk di bawa sebagai bekalan mengadap Yang Maha Esa.....

    >>>> Di saat kita berada di suatu simpang,kekeliruan melanda fikiran.Mana satu laluan yang harus di pilih.... ?

    Cenderamata untuk yang tersayang

     
    Images by Freepik